• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • FINAL YEAR PROJECT PRESENTATION!!!










    alhamdulillah....
    selamat juga untuk semester ni dan untuk tugasan yg terakhir,iaitu...........

    FINAL YEAR PROJECT PRESENTATION~

    hahaha(gelak jahat)

    congrat to all my frends...
    we are the best..~

    p/s selamat menjalani latihan industri~
    heheheh~~

    Hijrah, lakukan tiga perkara untuk selamat

    Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.

    Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.

    Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:

    1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,

    2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.

    3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.

    Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.

    Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.

    Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.

    Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah.

    Doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk


    Doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk
    'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

    Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
    Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.
    Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

    -Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.
    -Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

    SALAM MAAL HIJRAH 1432H


    Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Muharram - Maal Hijrah

    1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 haribulan Muharram sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijrah).

    10 Muharam - Juga dikenali sebagai hari 'Asyura'. Pada hari tersebut, banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dalam menegakkan keadilah dan kebenaran. Antara peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada 10 Muharram ialah:
    -Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    -Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    -Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
    -Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    -Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    -Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    -Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.
    -Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    -Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
    -Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    -Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
    -Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    -Hari pertama Allah menciptakan alam.
    -Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    -Hari pertama Allah menurunkan hujan.
    -Allah menjadikan 'Arasy.
    -Allah menjadikan Luh Mahfuz.
    -Allah menjadikan alam.
    -Allah menjadikan Malaikat Jibril.
    -Nabi Isa diangkat ke langit.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...