• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Syukur Cara Rasulullah~~

    Rasulullah ialah orang yang paling banyak bersyukur dan model yang paling layak dicontohi. Baginda sangat kuat beribadah sehingga kakinya bengkak.. Dalam hadis Riwayat Muslim,isterinya ,Aisyah Abu Bakar pernah bertanya mengapa Rasulullah melakukan demikian,sedangkan ALLAH sudah mengampuni dosanya pada masa lalu dan masa akan datang... Rasulullah menjawab,' Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH?"

    Cuba kita renungkan kembali...segala nikmat kurniaan ALLAH..tidakkah terlalu banyak? Tidakkah kita berasa malu dengan pemberianNya itu? Nikmat kesihatan..nikmat agama Islam..Nikmat pancaindera...semuanya milik ALLAH yang tiada tolok bandingannya,tanda kasih sayang dan rahmat ALLAH kepada kita...

    ALHAMDULILLAH... bukan sekadar ucapan ini sahaja yang perlu kita ungkapkan..malah banyak lagi perbuatan,amalan yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan harian kita..

    Yuk,sahabat2 sekalian..marilah kita amalkan...

    1. Sentiasa mengajar diri agar bersyukur selepas mendapat apa-apa jua nikmat. Hati sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat,lidah selalu mengucapkan Alhamdulillah ketika mendapat nikmat,sementara tubuh badan menggunakan nikmat untuk kebaikan.
    2.Patuh perintah Allah dengan melaukan suruhanNya dan meninggalkan larangan Nya.
    3. Tidak merosakkan nikmat Allah secara sedar ataupun tidak..
    4. Menggunakan rezeki dengan cara yang diredhai..
    5. Memelihara hubungan baik sesama manusia.
    Belapang dada dan bersangka baik dengan sesiapa jua dan apa jua situasi.
    6. Ajak diri berfikir walaupun dalam hal-hal kecil.
    7. Membantu orang yang lebih memerlukan bukan sahaja daripada material malah dari segi tenaga dan masa...

    Semoga dengan bertambahnya kesyukuran kita,maka akan membiaklah rezeki kta..inshaALLAH...

    ~cahaya petunjuk~

    Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432 H~

    Wahai Kekasih Alllah,

    Ini adalah bulan kelahiranmu..sesungguhnya terimalah kerinduan yang sentiasa menyala di sanubari ini...

    Bukan bermaksud hanya di purnama ini sahaja,cinta bersemi diserelung jasadku.. Pun begitu,kerinduan tidak pernah ternoktah dan sirna di sini kerana engkau Junjungan Mulia.. Lelaki hebat teladan sejagat maya !!!

    Rasullulah dalam mengenangmu,
    kami susuri lembaran sirahmu,
    pahit getir perjuanganmu,
    membawa cahaya kebenaran...

    Malu rasanya mengatakan cinta,
    kepada dia kekasih Allah,
    kerana dia insan mulia,
    sedangkan diriku insan biasa...

    Selawat,serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,Nabi kesayangan kita dan bagindalah Rasulullah~~

    Kata Madah Pujangga~

    Salam alaik....

    Benarlah kata-kata yang manis,yang tenang,yang lembut dan yang mendamaikan dapat dijadikan inspirasi diri...Maka,tidak hairanlah terdapat banyak pujangga-pujangga sejak dahulu kala lagi..Pujangga cinta terutamanya sehinggakan menjadi kegilaan sesetengah manusia yang tahu menilai erti sebuah CINTA.. :)

    Bukan cinta yang ingin diperkatakan di sini,cuma ingin memetik beberapa madah yang boleh dijadikan inspirasi diri,pembakar semangat,penyeri kesedihan dan pendamai jiwa ini.. :) Bersama kita mengambil maksud tersirat kata-kata ini...

    'Jika dalam pekerjaanmu bertembung dengan masalah,jangan berputus asa,jangan susah dan jangan bimbang...Yakinlah bahawa jalan keluar akan segera datang....'


    'Tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya. Elok lupakan saja. Sebaliknya,tumpukanlah fikiran untuk kejayaan,kerana dengan begitu hatimu tidak akan terganggu...'

    'Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu...Maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali di dalam dirimu juga...'

    'Perkara yang paling sukar pun akan menjadi lebih mudah jika disertai dengan senyuman dari seorang yang ikhlas...'

    Banyak lagi madah-madah yang sangat masyuk..:)

    Semoga dapat dijadikan inspirasi diri untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan mehnah ini...

    Salam alaik..:)

    Senyumlah pada Kejahatan Manusia...


    Sebaik mana pun anda,perkataan buruk akan tetap anda akan terima,sama ada anda sedari ataupun tidak. Lumrahnya kehidupan begitulah,tidak akan ada manusia bebas daripada diperkatakan. Apa yang diperkatakan itu mungkin baik,mungkin juga buruk.


    Jangan terlalu peduli dengan keburukan-keburukan yang disebarkan orang itu. Itu sudah semestinya tidak benar. Kalau ada yang benar pun,itu adalah SEJARAH SILAM yang telah anda lupakan.


    Manusia memang suka mencungkil keburukan berbanding kebaikan. Pernahkah anda berfikir,mengapa manusia suka berbuat jahat terhadap anda? Ini adalah kerana mereka ingin melihat anda sedih,menangis,marah,mengamuk dan semua sikap-sikap mazmumah. Dengan itu,mereka akan ketawa dengan kepuasan itu kerana berjaya membuat anda berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Itulah TEMASYA bagi si busuk hati....


    Akan tetapi andainya anda boleh tersenyum kalaupun tidak ketawa,anda sebenarnya telah menyebabkan mereka terjelepok. Mereka itu akan berasa susah hati dan berasa payah sekali. Nah,mengapa hendak menangis oleh perlakuan jahat manusia sebalinya bersikap tenang dan ketawalah ,anda telah mengembalikan KESAKITAN kepada mereka...:)


    Hidup memang macam-macam,pelbagai ragam...Usah bersedih oleh ketidakadilan yang terpaksa anda hadapi,ia sentiasa baik jika anda mengetahui HIKMAH SABAR yang ALLAH sediakan untuk anda kelak. Usah lawan setiap serangan sebab sebenarnya itulah yang mereka kehendaki. Semakin anda berlawan semakin anda akan ditelanjangi,yang tidak-tidak akan terkeluar dan ini akan semakin mengusutkan keadaan dan anda juga akan berasa semakin sakit.


    Maka,jalan terbaik....SENYUMLAH...KETAWALAH...senyum dan ketawa akan memadam dengan sendirinya semua kesulitan... :))

    FINAL YEAR PROJECT PRESENTATION!!!










    alhamdulillah....
    selamat juga untuk semester ni dan untuk tugasan yg terakhir,iaitu...........

    FINAL YEAR PROJECT PRESENTATION~

    hahaha(gelak jahat)

    congrat to all my frends...
    we are the best..~

    p/s selamat menjalani latihan industri~
    heheheh~~

    Hijrah, lakukan tiga perkara untuk selamat

    Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.

    Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.

    Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:

    1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,

    2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.

    3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.

    Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.

    Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.

    Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.

    Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah.

    Doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk


    Doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk
    'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

    Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
    Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.
    Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

    -Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.
    -Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...